Jajaran akhir E-ART diketahui awal Ogos

2025-05-19     IDOPRESS

Foto Mohamad Fazli Mohamad Salleh

ISKANDAR PUTERI,19 Mei- Cadangan jajaran akhir bagi Sistem Aliran Transit Automasi Bertingkat atau E-ART dijangka diketahui seawal Ogos ini,tertakluk kepada hasil penilaian Permintaan Cadangan (RFP).

Exco Pengangkutan,Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor,Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata,pelaksanaan projek itu dijangka memberi impak besar dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas,mempercepat mobiliti harian,serta menyokong agenda Johor sebagai negeri rendah karbon.

"E-ART bakal merangkumi tiga koridor utama (Skudai,Tebrau dan Iskandar Puteri) yang akan berintegrasi di stesen pertukaran utama Bukit Chagar,seterusnya menyokong sistem RTS.

"Pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) telah memulakan proses RFP bagi pelaksanaan Sistem E-ART untuk melengkapkan sistem pengangkutan bersepadu di Greater Johor Bahru," katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat,Dewan Negeri Johor ke-15,di sini.

Sementara itu,kerajaan negeri juga turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyuraian Trafik Greater JB,dengan mengenal pasti 77 lokasi utama kesesakan lalu lintas.

Daripada jumlah itu,20 lokasi telah diambil tindakan dengan pelbagai cadangan termasuk pemasangan penghadang laluan dan penguatkuasaan semasa waktu puncak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.