05-12
ACV 2045: Perkukuh dasar, pendekatan ASEAN
2025-05-12
HaiPress
- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Mei - Visi Komuniti ASEAN (ACV) 2045 berupaya memperkukuh dasar dan pendekatan ASEAN untuk kekal anjal serta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.
Ia bakal dilancarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 Mei ini.
Menurut Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Prof. Dr. Sufian Jusoh,visi ini memberi tumpuan kepada pengukuhan daya tahan dalaman ASEAN untuk mendepani cabaran globaltermasuk perang dagang,ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi dunia.
“Sebagai contoh,kita pernah menyaksikan pelaksanaan tarif oleh Presiden Donald Trump,konflik berterusan di Asia Barat serta ketegangan di India dan Pakistan. ASEAN perlu memainkan peranan sebagai komuniti serantau yang mempunyai kekuatan dalaman untuk berdepan cabaran-cabaran ini,” jelasnya lagi.
Tambah beliau,ACV 2045 ini juga bagi memastikan ASEAN kekal berkecuali dan bebas daripada pengaruh kuasa besar,sejajar dengan prinsip keamanan dan kestabilan serantau.
ACV 2045 bakal menggantikan Visi Komuniti ASEAN 2025 yang dijadual tamat pada penghujung tahun hadapan.
Pembangunan ACV 2045 telah digerakkan sejak 2022 melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Peringkat Tinggi ASEAN (HLTF-ACV) yang melibatkan penyertaan pakar-pakar dari semua negara anggota.
Bagi menjayakan visi ini,ASEAN akan memperkenal pelan strategik berkala,termasuk Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030,Pelan Strategik Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC SP),Pelan Strategik Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC SP) dan Pelan Strategik Kesalinghubungan ASEAN (ACSP).