05-09
Ringgit tinggi berbanding dolar AS
2025-05-09
HaiPress
Foto Fail
KUALA LUMPUR,9 Mei- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS,disokong oleh sentimen positif susulan perkembangan mengenai tarif perdagangan antara ekonomi utama dunia,termasuk China dan United Kingdom (UK),kata ahli ekonomi.
Pada pukul 8.00 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.2715/2905 berbanding dolar AS daripada 4.2780/2830 semasa ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata terdapat keyakinan bahawa rundingan perdagangan antara AS dan China akan menjana hasil yang positif pada minggu ini.
“Keyakinan ini berdasarkan perjanjian perdagangan terkini antara AS dan UK yang menyaksikan tarif yang berkurangan ke atas kereta dan keluli.
“Bagaimanapun,tarif sebanyak 10 peratus masih kekal,menunjukkan impak daripada kejutan tarif itu masih ada dalam beberapa bulan akan datang,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu,Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 1.03 peratus kepada 100.64 mata manakala hasil Perbendaharaan AS untuk dua tahun dan 10 tahun turut naik,masing-masing sebanyak 10 dan 11 mata asas kepada 3.87 peratus dan 4.38 peratus.
“Sehubungan itu,ringgit dijangka mencatatkan pembetulan seterusnya berikutan permintaan terhadap dolar AS yang meningkat berdasarkan perkembangan terkini,” katanya.
Pada sesi pembukaan,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dan mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9269/9401 daripada 2.9534/9571 pada Khamis,naik berbanding euro kepada 4.7960/8174 daripada 4.8264/8321 semalam dan menambah berbanding pound kepada 5.6555/6806 daripada 5.6769/6835 sebelum ini.
Berbanding mata wang ASEAN,ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2848/2999 daripada 3.2984/3025 pada Khamis dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9216/9885 daripada 13.0189/0404 semalam.
Mata wang tempatan turut meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.72 daripada 7.69/7.70 semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 258.8/260.1 daripada 259.2/259.6 sebelum ini.- BERNAMA