Gempa sederhana landa Taiwan- METMalaysia

2025-05-06     IDOPRESS

Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

PETALING JAYA,5 Mei- Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 magnitud berlaku di Taiwan pada pukul 6.53 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan berkata,gempa dengan kedalaman 11 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 110 km timur dari Taichung,Taiwan.

Gempa itu berpusat di koordinat 23.9° utara dan 121.9° timur.

Bagaimanapun,tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sebelum itu,gempa sederhana turut berlaku di lokasi sama pada pukul 6.10 petang tadi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.