Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

2025-04-21     IDOPRESS

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com,Ikhlas Kamarudin / Foto Bernama

PETALING JAYA,19 April – Seramai sembilan individu bakal menerima tajaan ibadah umrah menerusi Kempen Umrah 1,000 Asnaf yang dianjurkan oleh Ikhlas.com,cabang perniagaan mesra Muslim di bawah Capital A.

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com,Ikhlas Kamarudin berkata setakat ini pihaknya telah menerima lebih 800 permohonan sejak kempen tersebut bermula pada 18 Mac lalu.

Menurut beliau,kempen berkenaan merupakan inisiatif bagi menyantuni golongan asnaf di seluruh negara,sebagai tanda penghargaan atas sokongan terhadap syarikat itu sepanjang lima tahun penubuhannya.

“Kempen ini adalah untuk menyantuni komuniti-komuniti asnaf di seluruh Malaysia. Sebab utama kami lancarkan kempen ini tentunya untuk memberi kembali kepada masyarakat,selepas lima tahun syarikat ini beroperasi,memberi sumbangan serta berkembang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pencarian Kempen Umrah Seribu Asnaf,di sini.

Penerbangan pertama dijadualkan berlepas pada 20 Julai ini dengan sasaran menghantar 250 peserta menjelang Oktober.

Kempen tersebut akan diteruskan sehingga Syawal tahun hadapan,memberi peluang lebih luas kepada asnaf di seluruh Malaysia untuk menyertainya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.