04-18
Banjir: Penduduk terjejas meningkat di Sabah, berkurang di Johor, kekal di Negeri Sembilan
2025-04-14
IDOPRESS
Foto Facebook APM Batu Pahat
KUALA LUMPUR,14 April-Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah merekodkan peningkatan.Manakala di Johor,angka penduduk terjejas menunjukkan pengurangan setakat pukul 12.00 tengah malam tadi.
Menurut portal bencana NADMA,seramai 791 penduduk di tempatkan di 9 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 232 keluarga di tiga daerah di Sabah.
Daerah Nabawan merekodkan 467 penduduk terjejas dengan 119 keluarga di tempatkan di 6 PPS.
Daerah Keningau pula mencatatkan 219 penduduk di 2 PPS.
Penduduk terjejas di Beaufort pula meningkat kepada 105 orang dengan 39 keluarga berlindung di 1 PPS.
Di Johor pula,jumlah penduduk terjejas banjir berkurang kepada 152 orang membabitkan 49 keluarga di tempatkan di 1 PPS.
Sementara itu,jumlah penduduk terjejas di Negeri Sembilan kekal 33 mangsa di 1 PPS.