11-24
Malaysia kekal teguh perjuang gencatan senjata di Gaza
2024-12-25
HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidato semasa Himpunan Pembebasan Palestin/ Foto Facebook Kementerian Komunikasi
KUALA LUMPUR,25 Disember- Setahun berlalu sejak Israel melancarkan kekejaman menerusi serangan ketenteraan namun pembunuhan dan kemusnahan terus mencengkam Gaza. Di sebalik pelbagai usaha sudah dilaksana oleh masyarakat antarabangsa namun gencatan senjata yang berkekalan masih sukar dicapai.
Tatkala konflik yang membinasakan ini berterusan,sebuah negara kekal utuh untuk menamatkan keganasan yakni Malaysia.
Sejak sekian lama Malaysia lantang memperjuangkan hak Palestin dan serangan tragis Israel pada 7 Okt 2023 menandakan satu titik perubahan penting dalam respons diplomatik dan kemanusiaan.
Situasi itu menuntut usaha yang bukan sekadar kata-kata,kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas,mendesak agar penderitaan dihentikan melalui pelbagai platform global,menggerakkan sokongan untuk Palestin selain menghulurkan pelbagai bantuan kepada mereka yang terjejas.
Pada 2024,komitmen Malaysia terhadap Palestin kian teguh. Bermula di pentas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sehingga ke Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seterusnya di peringkat Liga Arab sehingga ke Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM),diketuai dan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,Malaysia menggunakan setiap saluran yang ada untuk menyeru agar pertumpahan darah segera dihentikan.
Pada 17 Jan Perdana Menteri bersama ahli Kabinet menandatangani poskad khas untuk dihantar kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres bagi mendesak badan dunia itu mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan menamatkan kekejaman Israel.
Beberapa hari kemudian iaitu pada 23 Jan,Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan kembali pendirian Malaysia ketika Debat Terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung situasi di Asia Barat dan menyentuh mengenai keperluan untuk Israel menamatkan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa.
Pada 23 Feb,semasa perdengaran awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague,Mohamad mengecam pencabulan berterusan Israel,menyeru kebertanggungjawaban dan menuntut tindakan itu dihentikan segera. Mesej ini bukan sekadar memberikan kesan dalam kalangan diplomatik tetapi turut menyentuh hati mereka yang mengikuti perkembangan konflik berkenaan.
Himpunan Pembebasan Palestin bersama-sama Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena,Bukit Jalil pada Ogos lalu/
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.



