12-23
Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
2024-12-23 IDOPRESS
Presiden Angkasa,Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTM
PETALING JAYA,22 Disember – Penjawat awam dinasihatkan agar memohon pinjaman menerusi koperasi yang sah dan berdaftar bagi memastikan keselamatan dalam urusan transaksi pinjaman.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa),Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata langkah itu penting untuk melindungi penjawat awam daripada menjadi mangsa penipuan,termasuk skim pinjaman haram atau ceti haram.
Menurutnya,pinjaman melalui koperasi yang sah bukan sahaja lebih selamat,malah menawarkan syarat pinjaman yang lebih baik dengan kadar faedah yang rendah.
“Lebih 800,000 penjawat awam telah membuat pinjaman melalui koperasi. Dari segi konteks perniagaan,ini baik kerana ia meningkatkan pendapatan koperasi.Namun,saya ingin ingatkan supaya hanya membuat pinjaman melalui koperasi yang sah. Jangan terpengaruh dengan scammer atau ceti haram yang menawarkan promosi tidak masuk akal.
“Kami akan memastikan semua arahan daripada kerajaan,termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),diikuti dengan ketat,dan tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Alumni Haji Selangor Berhad,di sini.
Dalam pada itu,Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menasihatkan penjawat awam supaya tidak menyalahgunakan dokumen gaji sebagai jaminan untuk mendapatkan pinjaman.