12-25
Menteri Luar Malaysia, Turkmenistan adakan perbincangan kepentingan bersama
2024-12-19 IDOPRESS
Foto Facebook Wisma Putra
KUALA LUMPUR,19 Disember- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu rakan sejawatnya dari Turkmenistan,Rashid Meredow,bagi membincangkan isu-isu dua hala yang menjadi kepentingan bersama.
Wisma Putra menerusi hantaran di Facebook memaklumkan,perbincangan itu merangkumi cadangan untuk menubuhkan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama antara Malaysia dan Turkmenistan.
"Kedua-dua pihak juga menerokai peluang-peluang kerjasama ekonomi di luar sektor minyak dan gas.
"Mesyuarat turut memfokuskan kepada persiapan bagi lawatan rasmi Presiden Turkmenistan ke Malaysia pada 18 hingga 19 Disember 2024," menurut hantaran itu.