Juruteknik maut motosikal langgar belakang kereta

2024-12-12     HaiPress

Mangsa berusia 23 tahun maut dalam perjalanan dari Jeli menghala ke Tanah Merah

TANAH MERAH,12 Disember - Seorang juruteknik elektrik selepas motosikal yang ditungganginya melanggar bahagian kiri belakang sebuah kereta di Lebuhraya Timur-Barat,Kampung Air Asahan,di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah,Superintendan Mohd Haki Hasbullah,berkata mangsa berusia 23 tahun maut dalam perjalanan dari Jeli menghala ke Tanah Merah dalam kejadian berlaku sekitar pukul 10.45 malam,Rabu.

Menurut siasatan awal,sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 49 tahun berada di bahu kiri jalan sebelum secara tiba-tiba masuk ke laluan utama.

"Ini menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar kenderaan tersebut.

"Perlanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala. Mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tanah Merah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya,kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.