12-25
KDNK diunjur kekal kukuh 5 peratus pada 2025
2024-12-06 HaiPress
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur kekal kukuh sekitar 5 peratus pada tahun 2025 / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,5 Disember – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur kekal kukuh sekitar 5 peratus pada tahun 2025,didorong oleh momentum pertumbuhan yang stabil sepanjang tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MARC Ratings Berhad,Rajan Paramesran berkata unjuran tersebut lebih tinggi berbanding purata pertumbuhan 4.2 peratus yang direkodkan sehingga tahun 2022.
“Unjuran kami menunjukkan pertumbuhan KDNK kekal sekitar 5 peratus tahun depan. Dari segi kadar faedah,kami menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan dikekalkan pada 3 peratus,” katanya semasa pembentangan laporan Tinjauan Kredit Ekonomi dan Korporat MARC 2025 secara maya.
Dalam laporan tersebut,MARC turut menyatakan bahawa pinjaman bank dijangka mencatat pertumbuhan sekitar 5.5 peratus pada 2025,disokong oleh pemulihan ekonomi yang berterusan serta permintaan kredit yang meningkat.
Sementara itu,pasaran sukuk dijangka terus berkembang,dengan anggaran penerbitan bernilai RM70 bilion tahun depan.