12-20
Niaga hadapan emas ditutup tidak berubah
2024-11-30 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,29 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah hari ini walaupun pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan momentum positif.
Penganalisis menyifatkan prestasi kurang memberangsangkan ini berikutan aktiviti perdagangan yang perlahan memandangkan pelabur bercuti sempena Hari Kesyukuran di AS.
Kontrak bulan semerta bagi November 2024 tidak berubah pada AS$2,646.40 setiap auns troy manakala kontrak Disember 2024,Januari 2025,Februari 2025 dan April 2025 tidak berubah pada AS$2,659.30 setiap auns troy.
Jumlah dagangan meningkat kepada tujuh lot daripada enam lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 22 kontrak daripada 23 kontrak sebelum ini.
Menurut London Bullion Market Association pada 28 November,harga emas fizikal berada pada AS$2,641.85 setiap auns troy. -BERNAMA