12-20
Banjir: MADA pantau paras air sungai di kawasan Muda
2024-11-29 HaiPress
Foto RTM
ALOR SETAR,29 November-Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lalu.
MADA dalam kenyataan memaklumkan pemantauan paras air dan aliran sungai telah dimulakan sebaik sahaja turunan hujan berterusan dan peningkatan paras air sungai utama dikesan.
Menurut MADA,kedudukan semasa paras Empangan Pedu adalah sebanyak 65.43 peratus,Empangan Muda,126.80 peratus dan Empangan Ahning 98.16 peratus.
MADA juga telah mengambil tindakan menutup pelepasan air dari empangan berikutan turunan hujan menyeluruh di kawasan dataran MADA.
MADA telah mengambil tindakan awal untuk menyalurkan air lebihan melalui infrastruktur pengairan dan saliran sedia ada sejak isnin lalu.
Tindakan dilaksanakan melalui sistem Lana Bulu,Sistem Alor Changileh,Terusan Tengah dan Selatan.
Operasi saliran melalui strukturPelubang Barragedi Kampung Kepala Batu,bagi mempercepatkan aliran daripada Sungai Padang Terap.
Kesemua lapan pintu Tandop Pasang Surut Sungai Kedah,Ampang Jajar dibuka dan hanya ditutup apabila berlaku kenaikan aras laut.