Terengganu, Pahang dijangka hujan lebat berterusan tahap bahaya sehingga Jumaat

2024-11-26     HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,26 November - Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang sehingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan ia melibatkan Hulu Terengganu,Marang,Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Manakala di Pahang meliputi Jerantut,Maran,Kuantan,Pekan dan Rompin.

Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah melibatkan Padang Terap,Sik dan Baling.

Manakala,amaran sama turut dikeluarkan bagi Hulu Perak di Perak,Kelantan dan Terengganu meliputi Besut,Setiu,Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Sementara di Pahang,hujan lebat dijangka berlaku di Cameron Highlands,Lipis,Temerloh dan Bera serta Mersing,Johor.

Dalam kenyataan sama,MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Perlis,beberapa kawasan di Kedah,Pulau Pinang,Perak,Pahang,Johor dan Sabah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.