12-20
Niaga hadapan emas ditutup tinggi
2024-11-14 HaiPress
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,13 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Oktober,mencerminkan peningkatan dalam pasaran emas COMEX AS.
Kontrak semerta November 2024 melonjak kepada US$2,617.20 setiap auns troy daripada US$2,602.70 setiap auns troy semalam.
Kontrak Disember 2024,Januari 2025,Februari 2025 dan April 2025 kekal tinggi pada US$2,630.70 setiap auns troy berbanding US$2,616.10 sebelumnya.
Jumlah dagangan kekal pada 10 lot seperti semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 26 kontrak daripada 22 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 12 Nov,harga emas fizikal kekal pada US$2,606.85 setiap auns troy.- BERNAMA