12-20
87 anggota KPDN KL pantau SHMMP Deepavali
2024-10-29 HaiPress
Foto RTM
SUNGAI BESI,29 Oktober- Seramai 87 pegawai penguat kuasa dan Pegawai Pemantau Harga (PPH) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk memantau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 yang bermula semalam.
Menurut Pengarah KPDN Kuala Lumpur,Mohd Sabari Seman,ia melibatkan 98 buah premis di 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan; membabitkan 186 jenis barangan secara harian di 15 buah pasar basah,10pasar raya besar dan 73 pasar raya.
Sebanyak lapan jenis barangan yang akan dikawal di bawah skim itu iaitu daging kambing biri-biri bertulang import,tomato,cili merah,kelapa biji,kelapa parut,bawang merah kecil,bawang merah besar dan kacang dal.
"Apa yang telah kementerian gariskan adalah harga syiling,harga panduan syiling ini yang kita tekankan kepada semua peniaga bahawa mengikut garis panduan itu adalah harga maksimum.
"Sekiranya mereka biasa menjual pada kadar RM5 tersebut barang sumber yang mereka dapat jauh lebih murah sepatutnya mereka jual lebih murah ini adalah demi kebaikan pengguna juga," katanya pada sidang media selepas sesi Walkabout SHMMP Deepavali 2024 di Pasar Awam Sungai Besi di sini.
Dalam pada itu,beliau turut mengulas kebimbangan orang ramai mengenai bekalan minyak masak peket bersubsidi di ibu negara.
Jelas beliau,setakat ini ia mencukupi dan tidak terjejas.