12-20
Anwar terima baik pemohonan maaf Najib
2024-10-25 HaiPress
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir bagi menunaikan Solat Jumaat di Surau Ar-Rahman Presint 16,Putrajaya/ BERNAMA
PUTRAJAYA,25 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Terima baik,terima baik," katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman,Presint 16 di sini.
Perkara itu susulan Najib membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1MDB semalam.
Terdahulu,Anwar menyertai solat Jumaat bersama-sama lebih 1,000 jemaah,seterusnya meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama-sama mereka sebelum beredar meninggalkan masjid.
Beliau juga berkesempatan menikmati makanan tengah hari di Medan Selera Presint 16 di sini.