12-20
PNB sambut baik Belanjawan 2025, proaktif bantu kerajaan
2024-10-21 HaiPress
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,20 Oktober- Permodalan Nasional Bhd (PNB) menegaskan komitmen untuk memainkan peranan proaktif dalam inisiatif pembangunan negara.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya,Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata PNB akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan,demi masa depan yang lebih sejahtera.
Jelasnya,sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan,PNB menyokong penuh pelbagai inisiatif dalam Belanjawan 2025.
Pendekatan yang digariskan akan memperkukuh daya tahan ekonomi,di samping menggalakkan keterangkuman dan pembangunan mampan.
Sokongan kerajaan terhadap program Celik MADANI juga amat penting,dalam menggalakkan simpanan golongan pelajar.
Beliau turut menyambut baik pengecualian cukai ke atas dividen untuk dana Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB).