12-27
Operasi Bersepadu Khazanah, 240 kertas siasatan dibuka
2024-10-21 HaiPress
Ketua Pengarah PERHILITAN,Datuk Abdul Kadir Abu Hashim / Foto BERNAMA
JERANTUT,21 Oktober - Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) terus mencatatkan kejayaan dalam membanteras jenayah alam sekitar.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN),Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata,sepanjang lima tahun pelaksanaannya,394 kertas siasatan dibuka,membawa kepada tangkapan 628.
Ia melibatkan 470 warga tempatan dan 158 orang warga asing dengan nilai sitaan mencecah RM256.3 juta.
Sebanyak 240 kertas siasatan dibuka,bermula Januari sehingga September,dengan nilai sitaan 122.5 juta ringgit manakala 170 warga tempatan dan 51 orang pesalah warga asing ditahan.
"Kesemua ditahan atas pelbagai kesalahan. Insentif OBK akan perluaskan bukan sahaja tertumpu kepada membanteras jenayah hidupan liar dan alam sekitar.
"Tetapi untuk melindungi semua elemenkhazanah negara termasuk unsur nadir bumi (REE) dan galian," katanya kepada pemberita pada sidang media Operasi Bersepadu Khazanah di sini.
OBK kini melibatkan usaha melindungi sumber nadir bumi dan galian,dan berjaya menghalang cubaan melombong emas secara haram berhampiran Taman Negara Kelantan,pada Jun lalu.
Dalam Operasi tersebut enam individu terdiri empat lelaki warga asing dan dua lelaki tempatan,ditahan dengan nilai rampasan sekitar RM700,000.