11-11
ARFF rai ulang tahun ke-15
2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress
FOTO RTM
KUALA LUMPUR,21 September- Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais ASEAN (ARFF) meraikan ulang tahun ke-15 penubuhannya.
Ia bagi memperingati satu setengah dekad pencapaian serta sumbangan luar biasa dalam komuniti perniagaan dan pasaran Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
ARFF yang ditubuhkan sejak 2008 telah menjadi kuasa serantau yang dinamik dan sebagai pusat utama untuk perdagangan,budaya,sumber dan kepakaran.
Majlis yang berlangsung malam tadi menyaksikan penyampaian Anugerah Perniagaan Cemerlang ASEAN serta pelantikan ahli majlis ARFF yang baharu bagi tempoh 2024 hingga 2026.
Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Khairul Firdaus Akbar Khan,Penaung ARFF,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan duta-duta negara ASEAN Di Malaysia.