12-27
Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September
2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress
Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 September - Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini dan berterusan sehingga November 2024,sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 17 Mei lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia),Muhammad Helmi Abdullah berkata,semasa tempoh peralihan itu,negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.
"Situasi ini boleh mengakibatkan kejadian ribut petir yang membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam jangka singkatpada waktu petang dan awal malam.
"Terutama di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung,barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak," katanya menerusi kenyataan.
Menurut beliau,keadaan cuaca tersebut berpotensi menyebabkan banjir kilat,pokok tumbang dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.
Sehubungan itu,orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan.
Laporan cuaca boleh disemak menerusi aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia atau hubungi talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kerjasama NADMA,pelbagai agensi tangani impak monsun barat daya
Monsun Barat Daya,MetMalaysia pantau lokasi titik panas
Monsun Barat Daya dijangka bermula 17 Mei - METMalaysia