6,000 sertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka

2024-09-16     berita.rtm.gov.my HaiPress

Perarakan diketuai Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh / FOTO RTM

BUKIT PALAH,MELAKA 16 September- Hujan renyai tidak menghalang lebih 6,000 peserta menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka.

Perarakan sejauh 3.91 kilometer bermula dari Stadium Tun Fatimah hingga pekarangan Dataran Pusat Islam negeri itu membabitkan 121 kontinjen.

Perarakan diketuai Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka,Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada pukul 8.45 pagi.

Hadir sama barisan Exco Kerajaan Negeri dan ia turut membabitkan penyertaan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan,swasta,pertubuhan bukan kerajaan (NGO),institusi pengajian tinggi dan pelajar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.