Masyarakat perlu cakna jenayah seksual, penderaan kanak-kanak

2024-09-08     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,8 September-Masyarakat disaran lebih cakna dengan situasi membabitkan jenayah seksual dan penderaan kanak-kanak.

Peguambela dan peguamcara,Nor Zabetha Muhamad Nor berkata terdapat beberapa akta yang memperuntukkan tanggungjawab masyarakat secara bersama-sama bagi menangani jenayah tersebut.

"Kita lihat kepada Akta Kanak-Kanak 2001 Seksyen 27 memperuntukkan apabila seorang pengawal perubatan atau pegawai perubatan yang lain,apabila kanak-kanak ini dibawa ke hospital.. dia lihat ada kesan kecederaan yang dia rasakan munasabah mungkin kanak-kanak ini didera atau kesan seksual..dalam keadaan ini,menjadi tanggungjawab pengamal perubatan tersebut untuk membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Sekiranya gagal,boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen yang sama," katanya dalam sesi temu bual menerusi 'Google Meet' dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia hari ini.

Menurutnya,Akta Kanak-kanak 2001 Seksyen 19 dan 28 masing-masing memperuntukkan tanggungjawab ahli keluarga dan masyarakat untuk membuat laporan bagi jenayah dera dan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.