12-20
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM
2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress
BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,5 September- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM22.40 bilion dalam sistem konvensional dan RM27.01 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan dua tender repo terbalik hari ini iaitu tender bernilai RM1.5 bilion selama 32 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk tempoh 91 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo terbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM24.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM27.0 bilion. -BERNAMA