Syarikat tempatan digesa pelbagaikan produk getah

2024-08-23     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,22 Ogos-Syarikat tempatan digesa mempelbagaikan produk berasaskan getah berbanding menumpukan kepada pengeluaran sarung tangan dan tayar semata-mata.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Chan Foong Hin berkata langkah itu juga bagi meningkatkan pengeluaran komoditi itu,selain memperluaskan pasaran eksport getah.

"Seharusnya jangan putus asa untuk penanaman getah kerana getah ini dia banyak jenis kepenggunaannya.

"Jika kita terlalu bergantung kepada import,ini natural lateks daripada Thailand,Vietnam,ini sedikit sebanyak merugikan kita kerana pertukaran wang asing.

"Kita harus melihat kepada ketahanan atau kebolehpercayaan dan keselamatan untuk rantaian bekalan kita ini," katanya kepada media selepas lawatan ke kilang pengeluaran tilam lateks Getha.

Kementeriannya turut akan memastikan kelestarian produk getah Malaysia dapat memenuhi piawaian antarabangsa menerusi inisiatif Getah Asli Lestari Malaysia (MSNR).

Menerusi MSNR,ia meningkatkan kualiti produk getah di peringkat global khususnya Eropah yang mementingkan prinsip kelestarian.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.