68 projek bina semula bangunan sekolah daif di Kedah- Fadhlina

2024-08-23     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: FB Fadhlina Sidek

ALOR SETAR,23 Ogos- Sebanyak 68 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif dilaksanakan di Kedahdengan peruntukan keseluruhan kira-kira RM342 juta.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan berkata 49 daripadanya telah siap sepenuhnya manakala 11 lagi dalam pembinaan serta lapan lagi pada peringkat prabina.

Menterinya,Fadhlina Sidek berkata komitmen itu bagi memastikan akses pendidikan terbaik dinikmati pelajar tanpa mengira latar belakang atau keberadaan mereka.

"Dalam hal ini pastilah isu keciciran,kemiskinan multidimensi,intervensi kurikulum ( yang sedang berjalan di semua peringkat) serta isu-isu pembangunan serta infrastruktur mesti diberikan perhatian," katanya.

Beliau memaklumkan sejumlah RM47.43 juta turut diperuntuk untuk tujuan penyelenggaraan institusi pendidikan di negeri itu tahun ini melibatkan 829 projek di 573 institusi KPM.

Sempena pemukiman di Kedah,Fadhlina turut mengumumkan pemisahan pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah,PPD Kuala Muda/Yan sebagai langkah untuk memperkukuhkan tahap efisyen pentadbiran PPD di negeri itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.