Operasi cari warga emas jatuh sungai diteruskan

2024-08-20     berita.rtm.gov.my HaiPress

YAN,20 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menjala udang di Kampung Seberang Tandop,Kuala Sala,Yan diteruskan hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan,Noorhamidi Ali,operasi melibatkan pencarian di permukaan air di lokasi mangsa terjatuh.

"Pihak bomba menerima tambahan sebuah bot pagi ini setelah operasi yang bersambung semula pada pukul 9.49 pagi tadi," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu,mangsa,Ahmad Hashim,71 tahun,yang beralamat di Kampung Seberang Kuala Sala,Kota Sarang Semut itu dipercayai dihanyutkan dan masih belum ditemukan setakat ini.

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Yan,Timbalan Penguasa Polis (DSP) Shahnaz Akhtar Haji berkata,kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pada pukul 7.31 malam tadi.

"Pasukan bomba memulakan pencarian atas permukaan sungai sepanjang Sungai Kuala Sala menggunakan konsep pusingan bot di kawasan kejadian.

"Manakala tiga anggota pasukan APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) melakukan selaman berdekatan lokasi terakhir mangsa dilihat tenggelam," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.