12-20
Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO, Rozaid Rahman meninggal dunia
2024-08-19 berita.rtm.gov.my HaiPress
Allahyarham Rozaid Abdul Rahman
KUALA LUMPUR,18 Ogos- Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO),Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia pada petang tadi di rumahnya di Putra Heights,Subang Jaya di sini akibat masalah jantung.
Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO dalam kenyataan di sini hari ini mengesahkan berita kematian Allahyarham.
"Allahyarham yang berusia 59 tahun sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Serdang,sejak 1 Julai lepas dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lepas.
"Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan dan diampunkan segala dosa Allahyarham serta diberi tempat istimewa di sisiNya," menurut kenyataan itu.
Rozaid dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023.