12-20
BUDI Agri-Komoditi, 16,000 permohonan diluluskan
2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress
Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani
GUA MUSANG,15 Ogos - Sebanyak 16,000 permohonan BUDI Agri-Komoditi dariseluruh Semenanjung telah diluluskan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) setakat 13 Ogos lalu.
Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pihaknya turut menerima 7,221 rayuan daripada pekebun kecil.
"Kalau kelapa sawit ini,4.5 hektar ke bawah,dia tidak boleh besar. Kalau yang besar ini kita anggap ladang,ladang besar ini kita tidak beri subsidi.
"Kita beri kepada pekebun kecil yang mendatangkan hasil,dia mahu tanam semula dan terkesan jadi kita beri bantuan dan dia perlu mendaftar," katanya.
Beliau berkata demikian di majlis Perasmian Program Turun Padang Budi Agri-Komoditi di Rantau Manis,di sini.
Menerusi insentif BUDI Agri-Komoditi itu,sebanyak RM200 sebulan akan diberikan kepada pekebun kecil yang layak.