12-20
Virus influenza, langkah kawalan kendiri lebih serius diperlukan
2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress
Dr. Rushdan Abdul Aziz
KUALA LUMPUR,15 Ogos - Orang ramai yang memiliki simptom jangkitan virus influenza perlu mengambil langkah kawalan kendiri yang lebih serius.
Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Gastroenterologi Hospital Pakar KPJ Rawang,Dr. Rushdan Abdul Aziz berkata ramai yang tidak menyedari wabak Influenza boleh menjadi virus pembunuh senyap dalam komuniti.
"Impak influenza ini lagi senang berbanding COVID-19,sebab dia berjangkit melalui cebisan udara. Jadi kalau ada yang batuk,selesema dan dia merebak melalui udara,memang tinggi lah risiko jangkitan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkaspuri Kota Media,di sini
Tambah Dr. Rushdan,kanak-kanak berumur bawah lima tahun,dewasa berumur lebih 65 tahun,wanita mengandung serta individu yang mempunyai penyakit paru-paru merupakan golongan berisiko tinggi yang terdedah dengan virus Influenza.
Katanya,antara langkah pencegahan adalah sama ketika menghadapi wabak COVID-19 termasuk melakukan pemeriksaan sekiranya mengalami simptom demam melampau,mengambil vaksin,memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan diri.