12-20
10 cedera, empat melecur dalam kebakaran sebuah kilang
2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto hiasan
BINTULU,14 Ogos- 10 cedera manakala empat daripada mereka melecur dalam kebakaran di sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju,di sini petang tadi.
Komander Operasi,Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu,Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata,kebakaran melibatkan Tangki Bottom Reactor.
"Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan.
"Terdahulu pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pukul 6.24 petang," kata Wan Kamarudin.
Bagaimanapun sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju digerakkan ke lokasi kejadian namun kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan oleh Pasukan Keselamatan Kebakaran kilang tersebut.