Jangan jadikan badab berasaskan dana awam seperti badan Swasta-Anwar

2024-08-13     berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,12 Ogos-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan badan berasaskan dana awam tidak dijadikan seperti 'badan swasta' dalam pelaksanaan program dan operasinya.

Anwar berkata ia bagi memastikan tiada sebarang ‘keterlanjuran’ yang cenderung kepada kepentingan perniagaan,ahli lembaga dan pengurusannya.

Pada masa sama,Perdana Menteri turut menyokong gesaan laporan Ketua Audit Negara supaya melakukan pemantauan lebih teliti dan cermat serta menjadikannya sebagai satu budaya baharu dalam ekosistem pekerjaan dalam meningkatkantatakelola.

"Kita harus terima bahawa badan-badan seperti MRANTI (Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation) di bawah Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini diasaskan oleh dana awam.

"Oleh itu dalam memastikan pelaksanaan program,kita nak pastikan bahawa jangan ada ketelanjuran dalam memberikan fokus dan jangan jadikan badan-badan ini sama seperti badan swasta yang kadang-kadang melihat bukan sahaja dari segi perniagaan,tapi kepentingan ahli lembaganya dan pengurusan",katanya ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di ibu negara

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.