12-20
Pengeluaran padi sedikit terjejas, kemarau berpanjangan
2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),Datuk Seri Mohamad Sabu
GUA MUSANG,12 Ogos - Pengeluaran hasil padi didapati sedikit terjejas tahun ini berikutan masalah kemarau berpanjangan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata,paling ketara berlaku adalah melibatkan negeri Kelantan dan di Lembah Kerian,Perak.
"Kerugian itu belum lagi kita banci tetapi berlaku kelewatan tanaman tu seperti di Kelantan ini. Kita cuba buat pembenihan,kita cuba misalnya mendalamkan kawasan pam air di Kemubu itu dan jangka panjangnya hendak buat belanjawan yang besar. Itula pengairan itu terutama di Kemubu di Kada ini termasuk di seluruh negara," kata Mohamad Sabu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Program Libat Urus Bersama Pemimpin Peladang,Pertubuhan Peladang Kawasan Gua Musang di Dewan Serbaguna Kampung Jerek,di sini.
Khusus bagi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gua Musang pihaknya telah meluluskan sejumlah RM185,550 untuk Geran Pemadanan Program Pemerkasaan Usahawan melibatkan tiga usahawan ternakan lembu dan tanaman sayur fertigasi dan 16 orang penerima skim pemilikan jentera kecil pertanian bagi tahun 2024.
Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata,bekalan beras negara setakat ini mencukupi dan kementeriannya komited memperkukuhkan keterjaminan makanan negara supaya lebih berdaya tahan dan mampan.
Menurut beliau,ia termasuklah meningkatkan prestasi rangkaian termasuk faktor pengeluaran hinggalah keberadaan dan pengedaran.