12-20
Fakulti kejuruteraan UUM perlu diwujudkan, penuhi keperluan negara - PM
2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress
Anwar Ibrahim
KULIM,8 Ogos- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi bagi mewujudkan fakulti kejuruteraan di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi memenuhi keperluan negara.
Selain itu,Anwar berkata,usaha itu penting bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab semikonduktor global utama yang semakin meningkat.
"Saya mungkin akan bincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) kemungkinan UUM membuka jabatan fakulti kejuruteraan kerana keperluan negara yang agakmendesak.
"Tetapi bukan kejuruteraan biasa... disiplin itu perlu dibaiki untuk menambah soal-soal digital kerana teknologi kecerdasan buatan (AI) ini dikuasai sepenuhnya oleh golongan jurutera," katanya.
Tambah Anwar,perubahan yang pesatperlu disegerakan bagi memenuhi keperluan semasa.
Beliau hadir pada Sesi Dialog Belanjawan 2025 bersama 70 wakil industri industri elektrik dan elektronik (E&E) dari 52 syarikat berpengkalan di Kedah,Pulau Pinang dan Perak di SilTerra Malaysia dekat sini,hari ini.
Turut mengiringi Anwar adalah Menteri BesarKedah,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor,MenteriPelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.