FAMT 2024 sumbang pertumbuhan ekonomi industri jahitan

2024-08-02     berita.rtm.gov.my HaiPress

Kata Soon Hin,selain menjadi salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi industri jahitan,juga sebagai sumber warisan budaya negara.

KUALA LUMPUR,2 Ogos- Persekutuan Persatuan-Persatuan Tukang Jahit Malaysia menghimpunkan 300 tukang jahit mahir,pereka serta peminat fesyen dari 14 negara di Asia dan Eropah menerusi Persidangan Perikatan Industri penjahitan Asia ke-28 (FAMT 2024).

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia,Datuk Yeoh Soon Hin berkata persidangan itu bakal memberi peluang kepada pereka tempatan dan tukang jahit antarabangsa,berkongsi pandangan berkaitan kreativiti dan teknik penjahitan.

Kata Soon Hin,juga sebagai sumber warisan budaya negara.

"Menerusi dunia perniagaan hari ini,usahawan tempatan bukan sahaja bergantung kepada kreativiti mereka,tetapi juga kepada warisan,kisah perjuangan dan pengalaman yang telah membentuk identiti serta strategi mereka," katanya selepas Majlis Pelancaran FAMT 2024 di sini.


Tambah beliau,jalinan kerjasama yang kukuh antara negara terlibat dapat membantu merealisasikan penubuhan 'Hab Fesyen dan Rekaan' di Malaysia.

"Dengan penubuhan pusat ini,kita tidak hanya mengembangkan pasaran tetapi juga memberi peluang kepada pereka dan usahawan tempatan untuk mempamerkan kreativiti mereka di pentas yang lebih luas," katanya.

Turut hadir,Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.