12-20
PPTGWPL roboh 72 buah rumah setinggan dekat Kg Gersik Saguking
2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress
Kerja-kerja perobohan turut menggunakan jentera berat
LABUAN,27 Julai- Sebanyak 72 buah rumah setinggan didiami kira-kira 400 penghuni diroboh dalam Ops Roboh Fasa 2,oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PPTGWPL) di Labuan.
Operasi tersebutselaras Seksyen 425 Kanun Tanah Negara;berhampiran Kg Gersik Saguking,atas rizab sungai dan rizab jalan milik Kerajaan.
Operasi melibatkan tanah berkeluasan empat ekar dengan kerjasama PDRM,KKM,Majlis Keselamatan Negara,Angkatan Pertahanan (APM) dan Perbadanan Labuan.
"Kita sedang pantau tanah-tanah kerajaan yang masih diceroboh dan mungkin ada fasa-fasa seterusnya. Tidak mustahil sama ada pada hujung tahun atau awal tahun hadapan kita akan laksanakan.
"Kita tidak memikirkan sama ada mereka warganegara ataupun orang asing,kita akan buat perobohan sebab ini adalah pencerobohan tanah kerajaan,"kata Abd Basit Abdul Latif,TImbalan Pengarah PPTGWPL.
PPTGWPL terdahulu menjelaskan,kawasan tersebut didapati menjadi punca kepada beberapa masalah seperti sosial dan jenayah,selain isu kebersihan dan kesihatan yang memangkin penularan penyakit berjangkit dan wabak denggi.
Kesalahan pembinaan atau pendudukan sebarang struktur di tanah kerajaan secara tidak sah atau haram boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.
Operasi Fasa 1 berakhir Ogos tahun lalu,melibatkan hampir 40 rumah di luar kawasan penempatan Skim Perumahan Masyarakat Pelarian (SPMP) Muslim.