12-20
Pempengaruh media sosial perlu cipta kandungan berlandaskan ilmu dan pengetahuan
2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress
Profesor Madya Dr. Haslina Muhamad
KUALA LUMPUR,26 Julai - Pempengaruh media sosial perlu mencipta kandungan berlandaskan ilmu dan pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu isu.
Pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi,Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM),Profesor Madya Dr. Haslina Muhamad berpandangan tanpa asas pengetahuan yang kukuh,kerjaya sebagai pempengaruh hanya akan membawa kemusnahan kepada masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda.
"Zaman sekarang ini,pantau anak-anak kita,terutama bila mereka melayari media sosial,itu yang penting sebab kita kena tahu apa yang mereka tengok,apa yang mereka lihat,apa yang mereka beli di TikTok,di media sosial dan sebagainya,pemantauan itu sangat penting," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.
Sehubungan itu,Dr. Haslina meminta ibu bapa sentiasa memantau aktiviti anak-anak demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka terpelihara.