Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

2024-07-25     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,25 Julai - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM37.77 bilion daripada RM33.66 bilion pagi ini manakala dana Islam berkurangan kepada RM22.26 bilion daripada RM26.96 bilion.

Pada awal hari ini,BNM mengendalikan satu tender repo berbalik.

Selain itu,bank pusat berkenaan mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

BNM turut menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM37.7 bilion daripada RM35.2 bilion.

Pada 4 petang,bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM37.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM22.30 bilion,kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 24 Julai,2024,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.