142,510 kes bankrap diberi pelepasan, melebihi sasaran awal 130,000 kes

2024-07-25     berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA,25 Julai- Sebanyak 142,510 kes pelepasan bankrap dicatatkan melebihi sasaran awal 130,000 kes melalui Dasar Peluang Kedua.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,ia merupakan inisiatif program berkenaan diperkenalkan pada tahun lalu.

"...sejak merdeka belum pernah mana-mana kerajaan yang mampu menyelesaikan 142,500 kes bankrap tetapi saudara telah bantu menyelesaikan,sebab itu saya mengulangi kenyataan ini.

"Sementara mereka boleh bernafas kita ada suntikan tunai Rahmah kepada sembilan juta rakyat,RM10 billion setahun. Hanya pemindahan tunai kepada rakyat terutaman M40 dan B40 yang memberikan nafas sementara untuk mereka jalankan perniagaan dan kegiatan baru," katanya dalam Majlis Perasmian Sambutan 100 Tahun Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dan Halatuju Baharu di sini.

Pembaharuan mengenai Dasar Peluang Kedua itu juga akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan nanti.

Dasar tersebut merupakan satu inisiatif bawah bawah Prinsip Rukun Ihsan untuk membawa pelaksanaan undang-undang kepada rakyat yang memerlukan.

Dasar Peluang Kedua diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan bajet tahun 2024,khusus bagi mereka yang diisytihar bankrap,untuk diberikan peluang mereka kembali menyumbang kepada ekonomi negara dan menjalani kehidupan yang baharu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.