Sasar capai 500 Kawasan Rukun Tetangga progresif tahun ini

2024-07-21     berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Pengarah JPNIN Datuk Che Roslan Che Daud

KUALA TERENGGANU,21 Julai - Pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) antara tumpuan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dalam usaha mencapai 500KRT progresif tahun ini.

Ketika ini terdapat 121 KRT progresif di seluruh negara.

Ketua Pengarah JPNIN Datuk Che Roslan Che Daud berkata,KRT yang mencapai tahap cemerlang perlu meningkatkan usaha untuk mencapai ke tahap KRT progresif.

Antara bidang wajib yang perlu diberi fokus ialah ekonomi dan sara hidup,keselamatan dan ketahanan diri serta dua lagi bidang elektif.

"Saya yakin semua KRT di luar sana boleh adakan lawatan di sini,bagaimana pengurusan KRT ini dibuat cara failnya dibuat pengurusan.

"Itu kriteria bagus,apabila kita lihat sesuatu organisasi bgaimana kita uruskan sistem failnya dan juga kepimpinannya,bagaimana untuk membawa ahli jawatankuasa ke arah cemerlang. Kolaborasi dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) dan rakan strategik," kata Che Roslan kepada RTM,di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata,hampir 8,500 KRT ditubuhkan di seluruh negara dengan 210,000 ahli jawatankuasa.

Sementara itu,pihaknya sedang menambahbaik skim rondaan sukarela yang dijalankan AJK KRT,antaranya menggunakan peralatan berteknologi moden semasa menjalankan rondaan.

Menerusinya aktiviti rondaan akan dipantau menerusi sistem yang akan dibangunkan bersama-sama penyedia perkhidmatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.