PM umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada Felda tampung kos operasi

2024-07-14     berita.rtm.gov.my HaiPress

Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis perasmian sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 di MAEPS hari ini.

SERDANG,14 Julai- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM100 juta kepada Felda untuk menampung kos pengoperasian ladang susulan penyasaran subsididiesel.

Anwar berkata,kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel dengan harga runcit bahan api itu ditetapkan tanpa subsidi bagi menangani penyeludupan dan ketirisan diesel bersubsidi.

"Jadi,saya tanya berapa (anggaran) kos kita kena beri Felda supaya dapat salur ke bawah? Dia (Pengerusi Felda,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) kata dalam RM100 juta. Jumaat lepas saya diberitahu (mengenai perkara ini)... terus lulus RM100 juta bantuan subsidi.

"Langkah ini diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak sama sekali terkesan," katanya berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini,hari ini.

Tambah Anwar,kerajaan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda bagi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTI MADANI).

Ia bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi di pelbagai sektor tumpuan sekali gus memberi impak positif kepada komuniti tersebut.

"Saya berharap insiatif ini akan memberi impak positif kepada komuniti Felda," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.