Ibu bapa kanak-kanak mangsa keropok beracun jalani rawatan kaunseling

2024-07-12     berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni

IPOH,12 Julai-Ibu bapa dua beradik yang termakan keropok segera dipercayai mengandungi racun tikus kini sedang menjalani rawatan kaunseling.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata ia dilakukan bagi memulihkan semula semangat pasangan itu selepas kejadian tersebut.

"Setakat ini ada dua individu terlibat,kanak-kanak yang terlibat seorang telah pun meninggal dunia dan yang seorang lagi ketika ini dalam keadaan yang sangat kritikal.

"Ibu bapa kanak-kanak tersebut kini sedang mendapat rawatan kaunseling untuk menenangkan keadaan",katanya demikian di sini.

Ditanya sama ada terdapat racun serangga dalam keropok segera tersebut,Datuk Lukanisman berkata perkara tersebut masih dalam siasatan.

Ujar Lukanisman,pihaknya juga sedang menunggu laporan lanjut daripada pihak polis.

Dalam kejadian pada 7 Julai lalu,dua kanak-kanak lelaki yang juga adik-beradik masing-masing berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas termakan keropok segera dipercayai mengandungi racun tikus.


Kejadian berlaku di Kampung Padang Ubi,Labu Besar,Kulim Kedah.

Ketua Polis Daerah Superintendent Mohd Azizul Mohd Khairi berkata kejadian di sedari ibu mangsa kira-kira pukul 11.00 pagi selepas mendapati kedua-dua mereka muntah dan mulut berbuih.

Salah seorang daripada kanak-kanak tersebut,Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian,3 tahun dilaporkan meninggal dunia pada 10 Julai lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.