12-20
Depot Tahanan dan Kuarters Imigresen Pulau Pinang dijangka siap akhir Julai depan
2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan
NIBONG TEBAL,25 Jun - Projek pembinaan Depot Tahanan dan Kuarters Imigresen Jawi,Pulau Pinang dijangka siap sepenuhnya akhir Julai depan.
Projek melibatkan perbelanjaan sebanyak RM77.5 juta itu kini sudah siap 98 peratus.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,pembinaan itu bermula 27 Mei 2019 dan sepatutnya siap pada 8 Mei 2022,bagaimanapun ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik COVID-19.
Katanya,projek bawah Rancangan Malaysia ke-11 itu mampu menampung seramai 1,200 Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI) dalam tahanan serta pegawai dan kakitangan kuarters.
"Jadi harapan Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku pelaksanaan projek ini ia dapat disiapkan sebagiamana yang telah dijanjikan supaya PATI boleh dipindahkan di sini dari tempat-tempat tidak selamat,seperti di tahanan tidak selamat yang boleh berlakunya perkara yang tidak diingini. Maka di sini tempatnya jauh lebih selamat tempatnya agak selesa," kata Ahmad Maslan.
Beliau ditemui media selepas melawat serta meninjau kemajuan projek tapak pembinaan Depot Tahanan dan Kuarters Imigresen Jawi,Pulau Pinang.
Ahmad Maslan juga berkata,satu rumah pam dan paip turut dibina untuk kegunaanDepoh Tahanan dan Kuarters tersebut dan juga dijangka siap sepenuhnya Julai depan.
Projek yang dilaksanakan secara tender terbuka itu melibatkan perbelanjaan hampir RM5.78.
Beliau berkata,pelaksanaan projek tersebut diharap dapatmengatasi isu tekanan air rendah sebelum ini yang menjejaskan kawasan tersebut.
"Kalau tidak kita berkongsi paip dengan penjara tetapi oleh kerana tekanan air rendah maka diputuskan oleh semua teknikal supaya kita ada saluran paip baru yang dipasang di sini,ambil dari saluran utama sejauh 2km,"