Lelaki maut, tiga cedera selepas kereta dinaiki terbabas

2024-06-21     berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO JBPM PERAK

SITIAWAN,21 Jun- Seorang lelaki maut dan tiga yang lain cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Kampung Achech,di sini,awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,Sabarodzi Nor Ahmad berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 5.34 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi,bomba mendapati seorang lelaki tersepit dalam kenderaan dan operasi berjaya mengeluarkan mangsa.

Namun,mangsa,24,disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sabarodzi berkata,seorang lagi mangsa,27,dibawa ke hospital menggunakan kenderaan KKM,manakala dua lagi magsa berusia 20-an didapati telah meninggalkan lokasi kejadian lebih awal.

Operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada pukul 6.22 pagi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.